Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismullah pembuka bicara.
Assalamualikum semua.
Semoga dalam jagaan Allah selalu.
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismullah pembuka bicara.
Assalamualikum semua.
Semoga dalam jagaan Allah selalu.
Kali ini saya akan menceritakan tentang anak muda.
“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Saidina Ali R.A
Daripada kata-kata Saidina Ali r.a. telah menunjukkan bahawa, jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di tangan remaja masa kini kerana mereka merupakanwaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Ironinya, remaja kini dikenali sebagai ‘Generasi Y’, semakin hari semakin tidak memahami tujuan hidup mereka sebagai manusia, malah ramai yang terjebak ke lembah gejala sosial yang tidak bermoral. Bersuka ria di kelab malam, terlibat dalam perlumbaan haram, penyalahgunaan dadah, seks rambang dan sebagainya, seolah-olah ia menjadi rutin wajib bagi mereka.
Ditambah lagi budaya Barat tidak henti- henti meluru masuk, mahu ‘membunuh’ jiwa-jiwa ‘hijau’ ini dengan racun hedonisme, sekularisme, liberalisme dan bermacam-macam lagi. Mereka diburu dari segenap arah; pemikiran, pakaian, pergaulan, hiburan dan cara hidup. Tanpa kita sedar, musuh-musuh itu sering mengintai-intai segenap ruang dan peluang untuk memesongkan pemuda pemudi Islam jauh dari landasan Islam yang sebenar.
Justeru, pemuda pemudi haruslah mempunyai jati diri yang teguh berpaksikan aqidah yang mantap, merupakan asas dan kekuatan utama ke arah tertegaknya masyarakat Islam seterusnya negara yang unggul. Di samping itu, mereka juga mampu ‘bertahan’ ketika persekitaran cuba menekan dan mempengaruhi dari segenap pelusuk dan arah supaya musuh-musuh yang cuba meracuni akal fikiran dapat ditongkah dengan sebuah benteng yang kuat, bernama iman dan takwa.
Ia merupakan kewajipan kepada seluruh umat Islam memahami tujuan dan matlamat perutusannya ke atas muka bumi ini selaku hamba kepada Allah S.W.T sekaligus merangkap khalifatullah fial-ard (khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi).
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang agama !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan