المعلومات الشخصية

نور شاكرة بنت محمد يونن
طالبة بكالوريوس في تخصص اللغة العربية
في كلية اللغات الحديثة والإتصالية
بجامعة بوترا الماليزية

Selasa, 14 Julai 2020

Makanan tradisinal

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.


Assalamualaikum.
Kali ini saya akan menceritakan dua makanan tradisional yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Nasi Kerabu dan kuih Akok.

Jika anda semua tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, negeri
Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu
juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya
semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Negeri di Pantai
Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan
masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia'
sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.

Nasi Kerabu, yang sebenarnya asal dari Kelantan ini merupakan salah satu nasi yang unik kerana warna nasinya yang berwarna biru. Nasi kerabu ini dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng,ulam,  keropok kering, jeruk, telur masin dan salad. Selain itu, anda juga boleh memilih lauk untuk dimakan dengan nasi kerabu ini.Walaubagaimanapun, nasi kerabu juga sering dimakan dengan solok lada dan keropok goreng. Nasi kerabu merupakan salah satu makanan yang sangat popular di negeri-negeri pantai timur dan nasi kerabu juga sangat mudah didapati di negeri-negeri lain.


Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat popular di Kelantan dan juga Terengganu terutamanya pada bulan puasa. Terdapat 5 jenis kuih akok,antaranya ialah kuih akok nisan, akok daun pandan, akok kemboja, akok berlauk dan akok pisang. Pada kebiasaannya, kuih akok ini boleh didapati dengan 2 warna iaitu perang dan hijau. Warna ini berlainan akibat dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan. Kuih akok ini asalnya daripada Pattani yang merupakan tempat yang berhampiran dengan Kelantan.


 

Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan