المعلومات الشخصية

نور شاكرة بنت محمد يونن
طالبة بكالوريوس في تخصص اللغة العربية
في كلية اللغات الحديثة والإتصالية
بجامعة بوترا الماليزية

Rabu, 15 Julai 2020

Ziarah Laut Mati

Kain sutera cantik disulam
Molek dipakai jangan disimpan
Pemanis kata ucapan salam

Salam sejahtera saya ucapkan

Assalamualaikum..
Semoga anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Kali ini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya pergi ke Laut Mati.
Sedikit pengetahuan tentang Laut Mati, ia adalah sebuah tasik dan tidak bersambung dengan mana- mana laut. Airnya sangat masin sehinggakan tiada hidupan di dalamnya.
Disebabkan terlalu masin, badan kita akan terapung.  Adalah dikatakan kemasinan air Laut Mati adalah lapan kali ganda berbanding Laut Mediterranean yang terletak tidak jauh dari situ. Laut Mati kini adalah titik paling rendah di mukabumi. Ia dikongsi oleh dua buah negara: Jordan dan Israel. 


Laut Mati ada kisahnya tersendiri iaitu berlaku pada zaman Nabi Luth. Kawasan itu bukan tasik biasa, tetapi terjadi akibat malapetaka besar. Allah SWT menurunkan azab dengan menterbalikkan kota itu dan sehingga kini ia tidak dapat dikesan.
Di sini pernah berdiri dua buah kota bernama Sadum dan Amurah (yang juga dikenali sebagai Sodom dan Gomorrah) yang penduduknya melanggar ajaran Tuhan dengan mengamalkan hubungan songsang. Seorang Nabi yang bernama Lut diutus untuk berdakwah kepada mereka untuk memperbaiki tingkah laku yang menyimpang. Kisah ini tertulis dalam Surah Asy-Syu'ara'.


Alhamdulillah, saya dan kawan-kawan serta seorang pensyarah berkesempatan melawat Laut Mati. Ketika kami sampai ke sana, cuasa amat baik. Tiket masuk ke Laut Mati adalah sebanyak 5JD seorang. Setelah sampai, pensyarah kami menceritakan serba sedikit tentang sejarah Laut Mati, ya terasa amat teruja waktu itu !


 Kemudian kami juga mengambil peluang untuk mandi di sana dan cuba untuk terapungkan diri, dan ya memang benar-benar terapung ! Kami juga mengambil lumpur Laut Mati dan membawa pulang kerana dikatakan ianya dapat merawat kulit.


Setelah beberapa jam di sana, kami berhasrat untuk pulang kerana badan berasa agak letih. Tambahan pula, esok merupakan hari kuliah.
Demikian sedikit perkongsian daripada saya tentang pengembaraan ke Laut Mati. 
Pengalaman ini akan ku simpan kemas di minda !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan