المعلومات الشخصية

نور شاكرة بنت محمد يونن
طالبة بكالوريوس في تخصص اللغة العربية
في كلية اللغات الحديثة والإتصالية
بجامعة بوترا الماليزية

Selasa, 14 Julai 2020

Tokoh Agama

Assalamualaikum semua.
Semoga berada dalam lindungan Allah selalu.

Alhamdulillah, kali ini saya akan menceritakan tokoh agama yang saya kagumi dan sanjungi iaitu Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Beliau merupakan anak jati negeri Kelantan.

Beliau merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS).

Tuan Guru Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya. Alhamdulillah, saya sudah berkesempatan pergi ke rumahnya dan melihat suasana disana.

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau merupakan seorang guru agama yang aktif. Tidak hairanlah beliau lebih dikenali dengan gelaran 'Tuan Guru' atau 'Tok Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Ketika masih sihat, beliau aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam solat subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari rumahnya.

Beliau meninggal dunia pada 12 Februari 2015 (umur 84) di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Keesokan harinya, lebih daripada 10,000 orang menghadiri pengebumian di Masjid Tok Guru, masjid tempatannya.

Disini saya sertakan sekeping gambar saya di mural yang dilukiskan gambar Tok Guru yang saya sayangi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan