المعلومات الشخصية

نور شاكرة بنت محمد يونن
طالبة بكالوريوس في تخصص اللغة العربية
في كلية اللغات الحديثة والإتصالية
بجامعة بوترا الماليزية

Rabu, 15 Julai 2020

Ziarah Ashabul Kahfi

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.


Assalamualaikum semua.

Pada entri kali ini saya akan menyambung penceritaan saya ketika saya berada di Jordan.
Alhamdulillah, ketika di sana saya berkesempatan menziarahi Gua Ashabul Kahfi, yang telah disebut di dalam Al-Quran pada surah Al-Kahfi.

Dalam banyak-banyak pengembaraan yang pernah saya lalui, pengembaraan yang sangat meninggalkan kesan di hati adalah berziarah ke tempat-tempat sejarah Islam, khususnya yang dapat dibaca langsung tentangnya di dalam Al Quran. Bila berkunjung ke tempat-tempat begini, terasa betapa dekatnya kita kepada Pencipta dan betapa hebatnya keagungan Allah. Air mata juga boleh menitis bila melihat betapa benarnya kisah-kisah di dalam Al Quran, yang selama ini hanya dibaca di dalam mushaf.

Alhamdulillah, saya dan kawan-kawan telah Allah kurniakan beberapa peluang dan rezeki untuk berkunjung ke beberapa tempat istimewa di muka bumi yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan Para Nabi dan Manusia-Manusia Pilihan.

Pada hari tersebut, kami pergi ke sana dengan menaiki bas universiti Al-AlBayt. Pada waktu itu hujan renyai-renyai tambah pula cuaca hari itu sangat sejuk. Kalau tak silap 6 darjah celsius. Allahu terasa seperti duduk dalam peti ais hehe.


Tak sedap kalau kita pergi ziarah ke tempat-tempat sebegini tapi kita tidak tahu sejarah tentangnya, Jadi saya akan cerita sedikit sebanyak tentang sejarah Ashabul Kahfi kepada anda semua.

Apa yang menarik dengan Ashabul Kahfi adalah kisah tujuh pemuda yang hidup pada zaman yang dikelilingi orang kafir. Mereka melarikan diri ke kawasan yang lebih tenang dan berjauhan daripada penduduk bandar. Mereka kemudian terjumpa sebuah gua lalu tidur di dalamnya. Apa yang menakjubkan, Allah SWT ‘tidurkan’ mereka selama 309 tahun. Sepanjang mereka tidur, Allah SWT menjaga mereka dengan matahari tidak merosakkan kulit mereka, badan tidak tertimbus dengan tanah, umur tidak tua dan haiwan berbisa juga tidak mengganggu mereka,


Orang ramai berbincang bagaimana cara untuk memberi penghormatan sewajarnya agar mereka sentiasa dapat memperingati pemuda-pemuda suci itu. Ada yang mencadangkan supaya didirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Tetapi Raja mencadangkan agar sebuah masjid (rumah ibadat) dibina di sisi gua itu supaya dari dalam masjid itu orang ramai dapat bersama-sama menyembah dan membesarkan nama Allah dan sentiasa insaf akan kebesaran-Nya.

Di hadapan masjid Al-Kahfi
Alhamdulillah kami masuk dalam gua itu dimana tempat pemuda-pemuda itu tidur, melihat suasana dalam gua itu bagaikan satu mimpi ! Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di dalam gua itu. Di dalam gua tersebut, ada seorang penjaga gua yang memberi penjelasan dan menceritakan kepada kami tentang Ashabul Kahfi.


Ziarah ke Ashabul Kahfi memang benar-benar terasa dalam jiwa! Dan ini adalah sebuah pengalaman yang berharga bagi saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan