Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Kali ini saya akan saya memberi sedikit pandangan atau kritikan tentang dunia hiburan khususnya di Malaysia.
Hiburan adalah sesuatu aktiviti dimana manusia lakukan untuk melepaskan tekanan, merehatkan minda, menghiburkan hati dan menenangkan jiwa setelah melakukan sesuatu kerja atau sesuatu perbuatan yang menyebabkan mereka tertekan. Melalui hiburan juga manusia boleh dipesongkan dan dilalaikan. Ini kerana, manusia sering mengisi masa mereka dangan hiburan-hiburan sehingga lupa akan tanggungjawab mereka dan perkara-perkara yang jauh lebih penting daripada sesuatu hiburan itu.
Dalam kehidupan seharian, kita terdedah dengan berbagai-bagai jenis hiburan yang melalaikan. Sekiranya tidak dikawal dengan baik, kita akan hanyut dan leka sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab.
Gelombang Revolusi Industri 4.0 menyajikan hiburan yang sangat banyak dan melekakan. Aktiviti hiburan hari ini bukan lagi bersifat fizikal seperti dulu. Banyak hiburan boleh dicapai hanya melalui hujung jari sahaja. Ini juga cabaran yang mendepani generasi muda pada hari ini.
Penggunaan gajet seperti telefon pintar, laptop dan komputer sebagai alat yang menyalurkan hiburan berterusan sepanjang waktu. Tanpa disedari, kita telah menghabiskan begitu banyak masa dan waktu melayani kawan-kawan melalui media sosial seperti Facebook, WeChat, Telegram, Instagram, WhatApps dan lain-lain. Termasuk juga melayari YouTube, permainan dan berbagai-bagai hiburan lain.
Sedikit pesanan dari saya, kita haruslah bijak memilih dan juga bijak membezakan diantara jenis hiburan yang baik dan diredhai ataupun jenis hiburan yang tidak baik dan tidak diredhai oleh Allah S. W. T. Kita juga haruslah mengelakkan diri daripada terlibat dan terpengaruh dengan hiburan-hiburan yang melalaikan dan menyesatkan. Ini kerana, sesungguhnya hiburan yang melalaikn dan tidak mengikut hukum islam itu hanyalah membuang masa dan menjauhkan diri kita daripada Allah S. W. T. dan kita juga hendaklah berhibur dengan batasan agar tidak menyimpang dari agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan