Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga anda semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Alhamdulillah pada semester ini saya mengambil kursus BBK3410 iaitu subjek Penglahiran Bakat Kreatif. Bercakap mengenai Penglahiran Bakat Kreatif, ia merupakan subjek wajib fakulti iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Pada awalnya saya tidak mengetahui apa-apa mengenai subjek ini dan apabila menjejakkan kaki di dalam kelas pada minggu keempat barulah saya tahu bahawa subjek ini adalah untuk kita belajar bagaimana untuk menghasilkan karya-karya kreatif seperti cerpen,sajak,novel dan karya sastera yang lain. Tetapi saya tertanya-tanya dapatkah saya membawa diri dalam subjek ini kerana saya sedar diri ini bukanlah seorang insan yang kreatif?
Pada entri ini,saya akan menceritakan pengalaman memasuki kuliah ini.Tetapi, alangkah malangnya saya tidak dapat menghadiri kuliah pada minggu pertama hingga ketiga kerana saya masih lagi berada di Jordan untuk program pertukaran pelajar.
Walaupun berada di Jordan, saya masih lagi mengambil berat tentang pembelajaran di UPM. Pada hari pertama kuliah BBK3410, saya 'whatsapp' kepada kawan-kawan saya bertanya khabar tentang kuliah ini. Mereka menceritakan serba sedikit suasana di dalam kelas serta menceritakan tentang susuk tubuh seorang insan yang bernama Dr Kamariah Kamarudin. Dan alhamdulillah, respon mereka membuatkan saya berasa sangat teruja untuk pulang ke Malaysia dan belajar subjek ini dengan seorang penyarah yang sangat hebat latar belakangnya.
Setakat ini sahaja coretan untuk kali ini. Disini saya sertakan gambar saya ketika dalam perjalanan menuju ke kelas untuk kuliah pertama di Jordan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan