المعلومات الشخصية

نور شاكرة بنت محمد يونن
طالبة بكالوريوس في تخصص اللغة العربية
في كلية اللغات الحديثة والإتصالية
بجامعة بوترا الماليزية

Selasa, 14 Julai 2020

Isu Semasa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 
InshaAllah pada entri ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang isu Covid-19.

Mutakhir ini, kita dapat melihat bukti kekuasaan Allah SWT dengan tersebarnya koronavirus yang berpunca daripada kejahatan tangan-tangan manusia yang membuat kerosakan di atas muka bumi. Ia terjadi kerana mereka tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan Allah SWT kepada kita.

Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Disebabkan kritikalnya wabak itu, kerajaan mengambil tindakan dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu bagi membendungnya daripada terus merebak.

Namun, tanpa memahami tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan, ia ‘disalah guna’ apabila ada menganggap kerajaan memberi ‘cuti’ kepada rakyat.

Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat mula membanjiri Terminal Bas Selatan (TBS) untuk pulang ke kampung tanpa memikirkan kemungkinan besar mereka akan dijangkiti virus COVID-19 kerana bersesak-sesak dan seterusnya menjadi pembawa virus berkenaan dan merebak pula di kampung halaman masing-masing.

Sehinggakan Perdana Menteri terpaksa membuat perutusan khas pada hari berikutnya dan merayu berkali-kali supaya rakyat mengawal serta mengurangkan pergerakan supaya COVID-19 tidak terus merebak kepada orang lain.

Akhir sekali, nasihat saya, sentiasalah jaga kebersihan dan kesihatan walau dimana kita berada.. Kerap membasuh tangan, sentiasa memakai penutup muka apabila berada di khalayak ramai serta sentiasa jaga jarak sosial.
COVID-19 (SARS-CoV-2) – Asia Pacific Society of Infection Control ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan