Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Pada entri ini saya akan menceritakan seni dan budaya masyarakat di Kelantan.
Bercakap tentang kebudayaan, negeri ini megungguli carta teratas dalam negara, kenyataan ini tidak dapat di sangkal oleh kerana, ketaksuban masyarakatnya menjunjung seni warisan dan adat budaya. Kebudayaan merupakan suatu cerminan kehidupan masyarakat sekitarnya, dengan meneliti rentak budaya dalam sesebuah masyarakat, kita dapat melihat sejauh manakah tahap ketamadunan mereka. Hal ini dapat di lihat dengan jelas apabila seseorang berkunjung ke negeri Kelantan. Sebagai contoh, muzik tradisionalnya iaitu dikir barat begitu diminati oleh masyarakat di negeri ini. Selain itu, dari segi persembahan tradisional, permainan Mak Yong merupakan permainan yang kerap di anjurkan di negeri ini. Selain daripada itu, mungkin ramai lagi masyarakat di luar sana masih tidak tahu dengan kewujudan persembahan “main teri” dan wayang kulit. Persembahan ini juga merupakan persembahan tradisional yang tiada di tempat-tempat lain.
Dikir barat
Wayang kulit
Antara permainan tradisional yang terkenal di Kelantan juga adalah wau bulan, gasing, sepak raga, tarik upih dan sebagainya.
Ini sahaja daripada saya untuk kali ini.
Jangan lupa datang ke Kelantan ya semua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan