المعلومات الشخصية

نور شاكرة بنت محمد يونن
طالبة بكالوريوس في تخصص اللغة العربية
في كلية اللغات الحديثة والإتصالية
بجامعة بوترا الماليزية

Selasa, 14 Julai 2020

Pengalaman kembara

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Alhamdulillah, pada entri ini saya akan menceritakan pengalaman kembara saya di bumi Jordan.
Sebenarnya, satu entri ini tidak cukup untuk saya menceritakan semua tempat yang saya lawati di sana kerana terlalu banyak tempat yang saya ziarahi.

Di sini saya ingin menceritakan pengalaman kembara ke Petra, yang merupakan mercu tanda negara Jordan. Petra juga adalah salah sebuah tempat yang tersenarai diantara tujuh tempat keajaiban dunia.
Saya dan kawan-kawan pergi kesana pada hari Sabtu, kerana hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti minggu di Jordan. Jadi, hari Jumaat dan Sabtu tiada kuliah dan dua hari cuti setiap minggu kami mengambil kesempatan untuk meneroka bumi Jordan.

Tiket untuk memasuki Petra adalah 50JD bersamaan lebih kurang RM300. Walaupun mahal, kami sanggup membanyarnya demi untuk melihat keistimewaan dan keajaiban tempat tersebut. Kalau bukan sekarang, bila lagi kita akan ke tempat sebegini.


Masuk sahaja ke dalam Petra, kita bleh terus berjalan kaki sehingga ke The Treasury tanpa perlukan tour guide pon. Cumanya jarak perjalanan agak jauh lebih kurang 7km ulang alik dan sedikit berbukit, maka perlukan stamina yang tinggi.


Bagi individu yang ada kekangan nak berjalan dengan sendiri, ada pilihan untuk naik unta ataupun kereta berkuda. Kalau tak silap kos naik unta 10JD dan kereta kuda 20JD.Kami memilih untuk berjalan kaki sahaja. Mudah nak baca setiap signboard yang ada dan senang nak bergambar di celah batu besar yang sangat indah.


Petra ini adalah sebuah kota yang bersejarah, dan diiktiraf sebagai tapak arkeologi dunia. Ia dibina dari seni pemotongan batu oleh kaum Nabatean, iaitu kaum yang bangkit selepas kaum Thamud.



Di sana saya juga berpeluang menaiki unta yang tidak pernah saya tunggang sebelum ini. Saya berasa sangat teruja ! Harga untuk menunggang unta ini adalah sebanyak 5JD pada awalnya, tetapi saya minta kurang dengan tuannya, dan alhamdulillah dapat dengan harga 2JD dengan dua kali pusingan.


Walaupun berjalan hampir 7km, kami seakan-akan tidak merasa keletihan. Mungkin ianya dilitupi oleh perasaan keterujaan kami yang membuak-buak.
Inilah mercu tanda Jordan, Petra. Alhamdulillah, kami(delegasi UPM) sempat bergambar sama-sama di depan The Treasury.


Petra mula hilang dari peradaban manusia selama 500 tahun, sejak berakhirnya Perang Salib pada abad ke 12 Masihi.Dikatakan terdapat satu kejadian gempa bumi kuat yang merubah Petra dan menjadi punca Petra dilupakan. Menurut ahli arkeologi,masih ada 80% lagi tinggalan Petra yang belum digali.

Petra dijumpai semula oleh Johann Ludwig Burckardt pada tahun 1821, dan kini menjadi salah satu tempat pelancngan utama di Jordan serta disenarai sebagai tujuh keajaiban dunia dan menjadi tapak warisan UNESCO pada tahun 1985.

Menjejakkan kaki ke Petra, dan berdiri di hadapan The Treasury ini bagaikan mimpi buat kami. Banyak kisah dan pelajaran yang dipelajari dari kisah kaum Nabatean, sirah Nabi Salleh dan sirah Nabi Musa. Sungguh, Jordan adalah bumi para ambiya' yang penuh sejarah.

Dulu dapat tengok dalam rancangan Jejak Rasul sahaja, tak sangka, kami betul-betul dapat sampai ke sini. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan