المعلومات الشخصية

نور شاكرة بنت محمد يونن
طالبة بكالوريوس في تخصص اللغة العربية
في كلية اللغات الحديثة والإتصالية
بجامعة بوترا الماليزية

Selasa, 14 Julai 2020

Pengalaman Membaca Buku Kreatif

Assalamualaikum semua..
Semoga dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu.

Coretan saya kali ini saya akan menceritakan pengalaman membaca buku kreatif yang bertajuk " Arkitek Jalanan"yang ditulis uleh Teme Abdullah. Daripada awal, Teme mengambil keputusan untuk merahsiakan identitinya sehingga beliau tidak muncul di sebarang majlis penganugerahan.

teme Abdullah (@itsteme) | Twitter
Teme Abdullah


Kalau dalam buku Pelukis Jalanan, Teme mulakan dengan bercerita tentang kisah hidupnya semasa mula-mula menjejakkan kaki di London & suka duka ketika menjadi mahasiswa tahun pertama, maka dalam buku ni pulak Teme menceritakan tentang kisah hidupnya ketika menjadi mahasiswa tahun akhir universiti.

Sangat menarik buku ini sebabnya Teme ada selitkan jugak sedikit lontaran fikiran & kritikan sosial beliau yang kadang-kadang tu macam terkena pada diri sendiri. Tapi walau apapun, terima kasih banyak-banyak Teme sebab pemikiran itu memang berasas & kritikan itu sangat membina. Antara yang saya tertarik adalah mengenai trend kahwin muda. Saya tidak tahu kenapa, tapi saya agak bersetuju dengan kenyataan yang dia nyatakan dalam buku itu. Okay yang ini tidak mahu ulas panjang. Kalau nak tahu boleh baca nanti.

Kemudian, dalam buku ini juga, Teme perincikan lagi persahabatan beliau dengan Ahmad. Kalau dalam Pelukis Jalanan, Ahmad boleh dikira sebagai watak sampingan. Tapi kalau dalam buku ni pulak, Ahmad boleh dikira sebagai lelaki kedua yang menguasai karekter. Suka sangat dengan hubungan mereka ini. Masing-masing membantu antara sama lain. Kalau sorang down, sorang akan up kan balik. Masing2 akan bagi nasihat berguna. Allahuu.. indahnya persahabatan kerana Allah kan.

Kemudian, dalam buku ini jugak mengajar kita untuk menerima ketentuanNya. Kadang tu, apa yang kita nak, Allah tak bagi direct pun. Tapi Allah bagi dalam bentuk lain yang tidak pernah kita jangka. Jadi, jangan pernah mengeluh & usaha selagi boleh. Semua yang berlaku atas dunia ni ada hikmahnya. Atas kita je nak redha atau tak. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba2Nya yang redha & bersyukur. Amiin2 

Jadi, banyak lagi lah cerita dalam buku itu yang boleh diambil untuk dijadikan iktibar. Dan sepanjang saya membaca 2 buku Teme ini, bagi saya Teme seorang yang pandai bercerita & mengolah. Tak guna jugak kan kalau seseorang itu banyak pengalaman untuk diceritakan tapi tak pandai nak tulis & olah semula pengalaman itu dalam bentuk penulisan. In Shaa Allah sesuai dibaca oleh golongan-golngan pelajar macam kita ini.


Okay, itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan