المعلومات الشخصية

نور شاكرة بنت محمد يونن
طالبة بكالوريوس في تخصص اللغة العربية
في كلية اللغات الحديثة والإتصالية
بجامعة بوترا الماليزية

Rabu, 15 Julai 2020

Ziarah makam Nabi

Melati sekuntum diatas papan
Mawar merah buat jualan
Assalammualaikum buat ucapan
Awal bismillah kita mulakan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga semua dalam keadaan sihat sentiasa.

Entri kali ini saya akan menceritakan sedikit pengalaman menziarahi makam Nabi Syuib. Sebelum itu, sedikit fakta tentang Nabi Syuib, Dia adalah seorang Rasul yang diutuskan Allah kepada Kaum Madyan yang menyeru manusia supaya bersikap jujur dalam sukatan dan timbangan. Kisah Nabi Syuaib diceritakan dalam Firman Allah Surah Hud Ayat 84-86.


Nabi Syuaib AS sangat sedih melihat kaumnya melakukan perbuatan buruk. Beliau menyarankan mereka untuk mencari pengampunan dari Allah. Sayangnya, mereka tidak mau. Lalu beliau berdoa kepada Allah memohon keputusan antara ia dan kaumnya dengan adil. Lalu datanglah gempa menimpa mereka dan mereka pun mati bergelimpangan di dalam reruntuhan rumah mereka seperti yang digambarkan dalam Al Qur’an Surah Al A’raf ayat 91.

Nabi Syuaib AS terkenal karena kefasihan dalam berbicara atau berkhutbah. Menurut Ibn Abbas RA, setiap kali Nabi Muhammad SAW menyebutkannya ( Nabi Syuaib), beliau bersabda, "dia adalah orator para nabi". Tentu dikatakan demikian karena beliau diberikan kefasihan dalam berkata-kata dibandingkan nabi-nabi lainnya.



Petang itu kami tiba di makamnya terletak di dalam salah satu ruangan di masjid yang besar ini. Di tengahnya terdapat sebuah kubah kecil, merupakan tempat untuk mengambil air (water fountain)

Makam Nabi Syu’aib berada di satu ruangan dengan langit-langit tinggi, dan ditutupi oleh kain beludru berwarna hijau yang disulam dengan benang emas.


Terpandangnya makam Nabi Syuib di depan mata, jiwa ini terasa sayu dan tenang. Allahuakbar tak sangka saya akan sampai ke sini. Seusai berdoa, saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar di makamya. Gambar dan pengalaman melawat makam nabi akan ku kenang sampai bila-bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan